Short Story During My Prolong Leave

Posted on April 26, 2010
Filed Under Colon Cancer, Make.Believe | View Comments

This article I share with all my friends during my prolong leave due to colon cancer.
It’s was written in Malay…….
Let’s read a story with a title of :-
ALLAH limpahkan rezeki menghormati tetamu
Hasmar Ramley (Bekas pesakit Colon Cancer)

Kalau tak silap ,3 bulan selepas menjalani pembedahan dan sessi kimoterapi , saya masih bercuti dirumah kerana masih ada 3 bulan lagi untuk menjalani kimoterapi.
Saat itu jugalah saya hanya menerima gaji asas tanpa gaji kerja masa(tak kerjalah katakan)
Abg , pampers adik dah habis..terucap dari mulut isteri saya.
Saya pun buka wallet
Adalah sekeping note RM10…bolehlah beli pampers 2/3 keping
Gaji lagi 3 hari baru dapat….
Nak telefon along dan adik-adik rasanya mereka pun belum gaji
Baru sahaja saya bersiap nak keluar beli pampers , tiba-tiba phone berbunyi
Tertera nama XTuner – Bad…oh sahabat lama
Assalamualaikum
Waalaikumsalam , mai kitaorang kejap lagi nak datang rumah hang….nak melawat
Datanglah…
Ok
Saya pun menyuruh isteri untuk buatkan air untuk tetamu…
Abg kat rumah satu benda pun takde , biskut ke , kuih ke…
Ya Allah , duit ada RM10 je..pampers pun dah habis..
Takpelah bu , ayah cuma tengok kalau ada roti-roti yang murah2 kat kedai..
Pampers biar dululah , kita guna kain lampin yang lama-lama..
Saya pun berjalan kaki ke kedai dan gunakan RM5.20 untuk belikan mini-roti dan sedikit kuih bahulu..
Ayah selalu pesan , kalau ada tetamu datang , utamakan tetamu..
Sampai dirumah saya dan isteri siap hidangkan minuman untuk kawan saya
Akhirnya mereka pun sampai seramai 2 orang dan seperti biasa bertanya khabar dan menyelami kisah pembedahan kanser saya dan rawatan kimoterapi.
Sambil menjamu tetamu minuman , saya menceritakan segala-galanya.
Tidak lama kemudian , mereka meminta izin untuk pulang dan saat inilah rezeki Allah mendatangi saya.
Semasa bersalaman , ditangan Bad diletakkan sampul sambil berkata…
Mai , sedikit sumbangan dari rakan-rakan…
Terima kasih…
Sebaik sahaja mereka pulang , saya tegur isteri…
Alhamdulilah ibu , bolehlah beli pampers adik , nanti ibu pergilah..ayah tak larat nak jalan..
Saya hulurkan sampul itu pada isteri saya..
Ya Allah, bang banyaknya…
Tersimpan didalam sampul itu 4 keping note RM100…
Saya sekeluarga bersyukur pada Allah kerana disaat saya rasakan saya mampu untuk beli 2/3 keping pampers….saya tiba-tiba mampu beli pampers untuk kegunaan sebulan dan belanja dapur serta sekolah anak-anak……

Comments

  • this brought tears to my eyes.... get well soon hasmar. praise Allah the Almighty!
  • sham
    bro.. saya selalu ingat janji Allah "jika kamu memberi 1 dari hak kamu pasti Allah akan balas 10"... dan pekara itu selalu terjadi pada kami..mukjizat Allah... dan di situlah keseronokannya kan? manisnya dugaan ini..
  • Mrmsj
    Setiap kepayahan yang Allah berikan pada hamba-hamba nya bukan bertujuan untuk menyiksa hidup hamba-hamba nya malah adalah sebagai satu anugerah tak terhingga sekiranya hamba nya itu redha dan sabar dalam menerima segala ujian yang Allah berikan. Yakin lah pada kekuasaan Allah dan sifat pengasih serta penyayang Allah pada kita. Insyaallah, akan ada sinar kebahagiaan menunggu saudara sekeluarga di hari muka.
blog comments powered by Disqus