Kuih Raya For Sale : Page 3
Posted on July 27, 2011
Filed Under AidilFitri 1432 | View Comments
Untuk tempahan :
Hasmar Bin Ramley
019 – 316 9174
cimai74@gmail.com
FB : Hasmar Ramley
Kuih Raya For Sale : Page 2
Posted on July 27, 2011
Filed Under AidilFitri 1432 | View Comments
Kuih Raya For Sale : Page 1
Posted on July 27, 2011
Filed Under AidilFitri 1432 | View Comments
Salam AidilFitri 1431 Hijrah
Posted on September 22, 2010
Filed Under Hari Raya | View Comments
Wah, lama sangat rasanya tak update blog aku nie…
Adakah aku terlalu sibuk atau dunia yang menyibukkan aku..
Apa pun aku kembali mencoretlah agar semua fan blog aku tak marah.
Oh ya, sekarang aku baru nak belajar photoshop, baru nak mengenali dunia “layer” dalam photoshop.
So aku try upload kat sini, mana tahu ramai yang boleh komen dan bagi tips-tips yang lain
My Junior in Sekolah Menengah Datuk Abdullah
Posted on August 4, 2010
Filed Under Make.Believe, Motivation | View Comments
Sekolah Menengah Datuk Abdullah Astana Raja atau lebih dikenali dengan nama ringkas SEMENDA merupakan tempat aku menuntut ilmu dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
Hari ini aku begitu teruja dengan keratan akhbar yang diposkan melalui laman Facebook kepadaku
Nama Fazlina merupakan junior sewaktu aku bersekolah di SEMENDA dahulu..
Siapakah beliau disaat ini�
Artikel ini diambil dari Utusan Malaysia Online ruangan Feminin.
Fazlina berani sahut cabaran
Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF
MEMPUNYAI personaliti yang menarik, tinggi lampai, berkulit cerah, peramah ditambah memiliki suami yang penyayang, anak-anak yang comel dan kehidupan yang serba lengkap boleh dikatakan cukup bertuah buat Fazlina Mustafa Kamil, 33.
Ibu kepada tiga orang anak itu, Nurul Fatiha, 11, Iman Firdaus, 8, Imran Farish, 4, merupakan pengarah Syarikat Iter Niaga, sebuah syarikat teknologi maklumat.
Selain itu beliau juga merupakan pengarah Syarikat Vitara sebuah syarikat logistik, memiliki francais Kafe Big Apple Donut di Dataran Pahlawan, Melaka Bandaraya Bersejarah dan sebuah butik pengantin di Kota Kemuning, Shah Alam.
Menurut bekas pramugari yang pernah berkhidmat selama lima tahun dengan Penerbangan Malaysia itu, dia tidak pernah menyangka akan membabitkan diri dalam dunia perniagaan.
Namun ajakan suami, Mohd Zubairy Hussin untuk sama-sama membangunkan perniagaan yang telah didirikan membuka pintu hatinya untuk mencuba. Fikirnya daripada duduk sahaja di rumah, mungkin dia turut boleh membantu perniagaan suaminya.
”Walaupun saya tidak pernah mempunyai pengetahuan asas atau mengikuti sebarang kursus perniagaan namun Alhamdulillah saya dapat melakukannya dan kini perniagaan kami ini berjalan dengan lancar,” kata wanita yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Jika syarikat Iter Niaga dan Vitara diasaskan oleh suaminya, Fazlina memberanikan diri untuk memulakan perniagaan sendiri.
Dengan dorongan dan galakan, dia melabur sejumlah wang bagi membuka francais Kafe Big Apple Donut di Dataran Pahlawan, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kafe Big Apple Donut itu merupakan cawangan yang ke-20 di Malaysia.
”Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan serta pelancong daripada dalam dan luar negara. Pagi-pagi lagi mereka sudah berbaris bagi membeli kopi dan donut untuk sarapan. Ramai yang menikmati kopi dan donut di situ kerana suasananya santai dan turut dilengkapi dengan kemudahan wifi.
”Walaupun tidak setiap hari saya berada di sana namun seminggu sekali saya pasti akan ke Melaka bagi mempastikan semuanya berjalan lancar,” ujar Fazlina.
Dia menambah, sambutan menggalakkan itu membuatkannya terfikir untuk mengadakan khidmat penghantaran Big Apple Donut di seluruh Melaka tidak lama lagi.
Mengenai cabaran yang dihadapi dalam dunia perniagaan dan terpaksa bersaing dengan kaum lelaki dan pelbagai bangsa, Fazlina berkata, dia mengambil sikap positif dengan apa yang dihadapi.
”Cabaran memang hebat namun sebagai seorang ahli perniagaan, saya harus berani menyahut cabaran. Kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu tahap kemampuan kita,” katanya.
Mengenai fesyen, kata Fazlina, dia meminati yang ringkas tetapi cantik, mengikut kesesuaian umur, tidak terlalu seksi dan tidak terlalu konservatif.
Di masa lapang dia gemar bersiar-siar dengan motosikal berkuasa besar BMW GS 650 bersama suami dan kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama atau bermain golf.
Sebagai isteri, ibu dan wanita berkerjaya, Fazlina tidak melupakan tanggungjawabnya. Setiap pagi, dia akan mempastikan dapat bersarapan bersama suami dan anak-anak, kemudian menghantar anak-anak ke sekolah kemudian bersenam dan seterusnya baru ke pejabat bagi menyelesaikan sebarang tugasan.


















